Tag Archives: filem pendek detour yang sepenuhnya dirakam dengan menggunakan iphone oleh michel gondry

Filem Pendek ‘Detour’ Yang Sepenuhnya Dirakam Dengan Menggunakan iPhone – Oleh Michel Gondry

En. Hamad baru muncul. Nampak status online beliau tadi. Tapi mungkin masih tidur agaknya selepas penat berlebaran sepanjang malam. Al-maklum, masih lebaran kan?

Awal pagi tadi, oleh sebab ketiadaan En. Hamad, saya sendiri kemaskini post baru di Blog Apple Malaysia.

Dan saya rasa, post tersebut agak cool juga untuk saya kongsikan di sini. Ia mengenai sebuah filem pendek dari Michel Gondry, pengarah dari Perancis. Menariknya, filem pendek ini dirakam sepenuhnya dengan menggunakan peranti iPhone.

Ia kisah mengenai sebuah basikal kecil yang dalam misi untuk mencari kembali tuannya selepas mereka terpisah semasa dalam perjalanan menuju percutian keluarga.

Tak perlu buang masa. Mari tonton ‘Detour’ – A film by Michel Gondry