Tag Archives: apa maksud iphoneography

Apa Itu iPhoneography

Apa itu iPhoneography?

iPhoneography merupakan salah satu cabang seni fotografi. Sesuatu foto itu akan dianggap sebagai foto dari kategori iPhoneography apabila ia diambil melalui peranti iPhone.

Foto tersebut kemudiannya diedit dengan mengggunakan iPhone melalui aplikasi tertentu yang dimuat turun di App Store.

Sejarah iPhoneography

iPhoneography bermula sejak tahun 2007, apabila Apple mengeluarkan model iPhone dengan kamera bersaiz 2 megapixel. Komuniti iPhoneography mula berkembang sejak dari itu selari dengan peningkatan kualiti kamera iPhone.

Fakta

Seorang jurukamera, Damon Winter telah menggunakan gabungan iPhone dan aplikasi Hipstamatic untuk menghasilkan foto situasi perang di Afganistan dan foto yang beliau hasilkan telah memenangi hadiah.

Situasi yang sama juga berlaku di Afghanistan pada 2011, apabila photojournalist, David Guttenfelder menggunakan iPhone dan juga aplikasi Polarize untuk menghasilkan foto perang di sana.