Ke Mana Pergi En Hamad, Editor Blog Apple Malaysia?

Sudah 5 pagi. Lebih kurang setengah jam dari sekarang azan Subuh akan dilaung. En Hamad masih belum muncul di skrin pc. Mata saya mula layu. Badan sudah penat. Banyak bahan bacaan sudah saya selongkar di Medium. En. Hamad tidak juga muncul di kotak skrin. Tertulis di situ masih offline.

Otak dan badan saya sudah tidak seimbang.

Ah! En. Hamad. Betul- betul buat saya tak tentu arah.

Saya buat keputusan, tunggu sampai matahari naik siang nanti. Sementara itu, saya perlu lelapkan mata – barang sebentar.

Encik Hamad Dera Saya Siarkan Artikel Di Blog Apple Malaysia Dan Ini Yang Saya Buat

En Hamad hilang tanpa dapat dikesan. Kemaskini terakhir Blog Apple Malaysia dibuat sekitar tengahari – siang tadi. Puas saya call En Hamad tapi tak dapat.

” Ah! Mana pulak mamat ni pergi?..nak kata dating, En Hamad memang seorang yang anti offline social”

Dari pukul 10 malam tadi saya tunggu En. Hamad tak muncul-muncul. Sesuatu mesti dibuat. Blog Apple Malaysia mesti dimuat dengan kemaskini artikel terbaharu.

Tak perlu nak buang masa lama-lama. Saya terus buat carian di beberapa sumber sahih mengenai informasi terbaharu tentang produk Apple.

Agak lama jugak mencari. Beberapa info saya pilih. Tentunya yang tidak memerlukan banyak kerja editing dan modifikasi.

Alhamdulillah.. berjaya juga publish dua artikel mengenai peranti Apple. Kalau berminat nak tahu, boleh bacanya di :

1. Ini Gambar iPhone 8 Versi Putih [Gambar]

2. Filem ‘Detour’ Ini Dihasilkan Sepenuhnya Oleh Peranti-iPhone!

Ok. Setakat itu sahaja.

Sementara itu, En Hamad masih belum muncul!

Saya? Tetap Berlari Sepanjang Hari

Hampir seminggu persekitaran sunyi, hening rasa suasana – penangan raya sungguh!

Baru sekejap, petang tadi saya jengah keluar. Suasana dah kembali seperti biasa. Suara anak-anak jiran bermain, orang- orang dewasa, jiran-jiran yang baru sampai dari kampung mula bersuara, bersembang, bercerita pengalaman situasi raya masing-masing sambil mengangkat beg-beg serta pelbagai isi kiriman mak ayah di kampung, dari kereta.

Maka esok, semua akan bermula rutin mereka dan saya, seperti biasa.

Dan saya?
Tetap berlari sepanjang hari!

Badan Dan Otak Mula Berkelahi

2 Julai 2017 – Hampir 4 pagi..

Kalau diikutkan, memang dah lama saya give up dengan kerja-kerja blog / laman web ni.

Tapi, tak tahu kenapa, semangat yang berkait dengan kerja semacam ini nampak sudah sebati dalam badan dan tak ada petanda seperti ia mahu keluar.

Ia semacam sesuatu yang boleh memberikan spirit yang kuat kepada saya, untuk menghadap hari baru – dan seterusnya.

Sebab itulah, sampai saat sekarang, saya masih berjaga – dan terkini baru saja siapkan tugasan kemasikini laman Blog Apple Malaysia.

Memang penat. Banyak yang perlu difikir dan diuruskan. Tapi saya puas!

……….

Badan dan otak nampaknya sudah mula berkelahi sekarang. Satu mahu diajak tidur dan satu lagi masih mahu terus di papan kekunci.

Baiklah. Kita ikut kehendak badan!