Ketakutan Global

Orang-orang yang bekerja takut kehilangan pekerjaan. Mereka yang tiada pekerjaan takut tidak akan mendapat pekerjaan. Siapa pun yang tidak takut kelaparan takut makan. Mereka yang berkenderaan takut untuk berjalan kaki dan para pejalan kaki takut dilanggar kenderaan. Demokrasi takut untuk mengingat dan bahasa takut untuk berbicara. Orang awam takut tentera, tentera takut kekurangan senjata, senjata takut kekurangan perang. Ini adalah zaman takut. Perempuan takut kekerasan lelaki dan lelaki takut kepada perempuan yang tidak takut. Takut pencuri, takut polis. Takut pintu tanpa kunci, waktu tanpa jam tangan, anak-anak tanpa televisyen, takut malam hari tanpa pil tidur dan siang hari tanpa pil untuk tetap terjaga. Takut orang banyak, takut sendiri, takut apa yang telah dan akan terjadi, takut mati, takut hidup.

(Diterjemahkan dari buku Eduardo Galeano, Upside Down). Artikel ini saya kutip dari laman Medium M Aan Mansyur. Anda boleh baca versi bahasa Indonesia DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *