Category Archives: Lain-Lain Hal

Fiksi Di Medium

Rindu pada cerita fiksi Indonesia di Medium. Tagline membaca di malam hari terpaksa direhatkan. Rupanya, membaca juga perlukan tenaga. Bukan setakat fokus sahaja. Tak tahu bila, tapi memang perlu direhatkan dulu.

Mujur esok boss Hana Food House umum cuti. Kalau tak, di hari Ahad pun nak kena berlari.

Berlari Sejak Dari Gelap Buta Pagi

Nampaknya – skill mempromosi produk jualan yang dah lama tertinggal kat belakang tu nak kena polish balik.

Cuma morfologi produk mungkin berubah kali ni. Kalau dulu, lebih kepada produk digital, tapi kali ni saya cuba ubah angin kepada produk fizikal.

Cuma – perkara biasa bila sesuatu produk baru saja memasuki market, nak kena kerja keras sikit.

Harap, usaha saya berlari sejak dari gelap buta pagi akan berhasil. Sama-sama kita doa.