Category Archives: Catatan

Penat

Penat. Lelah. Letih berlari di siang hari. Sampaikan janji untuk kekal konsisten menulis pun termungkiri.

Apa nak buat. Ini zaman gst. Kena lebih mencari.

Bukan mudah nak senang. Yang penting kekal usaha, ikhlas – tiada jalan belok belok. Dengarnya seakan susah, tetapi boleh (mungkin) jadi semudah memakan kuaci.

Baiklah. Teruskan berlari. Itu janji.

Ke Mana Pergi En Hamad, Editor Blog Apple Malaysia?

Sudah 5 pagi. Lebih kurang setengah jam dari sekarang azan Subuh akan dilaung. En Hamad masih belum muncul di skrin pc. Mata saya mula layu. Badan sudah penat. Banyak bahan bacaan sudah saya selongkar di Medium. En. Hamad tidak juga muncul di kotak skrin. Tertulis di situ masih offline.

Otak dan badan saya sudah tidak seimbang.

Ah! En. Hamad. Betul- betul buat saya tak tentu arah.

Saya buat keputusan, tunggu sampai matahari naik siang nanti. Sementara itu, saya perlu lelapkan mata – barang sebentar.

Saya? Tetap Berlari Sepanjang Hari

Hampir seminggu persekitaran sunyi, hening rasa suasana – penangan raya sungguh!

Baru sekejap, petang tadi saya jengah keluar. Suasana dah kembali seperti biasa. Suara anak-anak jiran bermain, orang- orang dewasa, jiran-jiran yang baru sampai dari kampung mula bersuara, bersembang, bercerita pengalaman situasi raya masing-masing sambil mengangkat beg-beg serta pelbagai isi kiriman mak ayah di kampung, dari kereta.

Maka esok, semua akan bermula rutin mereka dan saya, seperti biasa.

Dan saya?
Tetap berlari sepanjang hari!

Badan Dan Otak Mula Berkelahi

2 Julai 2017 – Hampir 4 pagi..

Kalau diikutkan, memang dah lama saya give up dengan kerja-kerja menulis artikel, bina blog, setting blog dan pelbagai lagi rutin yang melibatkan blog / laman web.

Tetapi, dan entah tak tahu kenapa, semangat berkaitan dengan pekerjaan yang saya sebutkan seolah-olah dah sebati meresap masuk ke dalam badan dan tak mahu keluar lagi.

Ia seolah-olah sesuatu yang mampu memberikan spirit yang kuat untuk saya menghadap hari baru – dan seterusnya.

Sebab itulah, sampai saat sekarang, saya masih berjaga – dan terkini baru saja siapkan tugasan kemasikini lamanĀ Blog Apple Malaysia.

Memang penat. Banyak yang perlu difikir dan diuruskan. Tapi saya puas!

……….

Badan dan otak nampaknya sudah mula berkelahi sekarang. Satu mahu diajak tidur dan satu lagi masih mahu terus di papan kekunci.

Baiklah. Kita ikut kehendak badan!