Sepatu

Cerita pendek Etgar Keret

Pada hari peringatan tragedi Holokaus, ibu guru Sara membawa kami mengunjungi muzium Volhynia Jewry dengan bas nombor 57, dan aku merasa sangat terhormat. Semua keluarga murid di kelas kami, kecuali aku, sepukuku, dan seorang anak bernama Druckman, berasal dari Iraq. Cuma aku yang datuknya mati pada peristiwa Holokaus.

Muzium Volhynia sangat cantik dan mewah, terbuat dari marmar hitam, seperti rumah orang kaya. Dindingnya penuh foto hitam-putih yang sedih, juga daftar nama orang-orang mati dan negara mereka.

Kami berpasang-pasangan berkeliling melihat foto-foto itu. Ibu guru bilang, “Jangan sentuh!” Tapi, aku sudah menyentuh foto lelaki tua kurus dan pucat sedang menangis yang ditempelkan di kadbod. Di tangannya ada sepotong sandwich. Air mata mengalir di pipinya, mirip garis-garis pemisah yang boleh dilihat di jalan raya. Pasanganku, Orit Salem, memberi amaran akan memberitahu guru yang aku menyentuh foto. Aku tidak peduli sama sekali. Dia boleh memberitahu siapa pun, termasuk guru besar sekolah, jika dia mahu. Itu foto datukkku dan aku boleh menyentuh apa pun yang mahu aku sentuh.

Usai melihat-lihat foto, mereka membawa kami ke ruangan besar dan memutar satu filem tentang anak-anak yang disesakkan ke dalam trak lalu dibunuh dengan gas. Kami menonton dan, setelahnya, seorang lelaki tua naik ke panggung berbicara tentang kekejaman tentera Nazi. Dia juga menceritakan bagaimana dia melakukan balas dendam. Dia, dengan tangannya sendiri, katanya, mencekik leher seorang tentera Nazi hingga mati. Djerby, yang duduk di sebelahku, memberitahu yang lelaki tua itu berbohong; dari penampakannya, tidak mungkin dia mampu membunuh tentera. Tapi, aku menatap matanya dan aku percaya kepada lelaki tua itu. Di matanya ada kemarahan yang sangat besar, jika dibandingkan dengan kemarahan anak-anak nakal yang pernah kulihat tidak ada apa-apanya.

Terakhir, ketika selesai bercerita tentang hal-hal yang pernah dia lakukan pada masa Holokaus, lelaki itu memberitahu bahawa apa yang baru kami dengarkan masih penting hingga sekarang, bukan cuma dulu, sebab orang-orang Jerman masih ada dan mereka memiliki negara. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak mahu memaafkan mereka. Dia juga berharap agar kami tidak akan pernah mengunjungi negara itu. Waktu dia pergi ke Jerman bersama orang tuanya lima puluh tahun lalu, segalanya kelihatan indah, tapi kemudian berubah menjadi seperti neraka.

Ingatan manusia singkat, katanya, khususnya jika ia berkaitan dengan hal-hal buruk. Katanya lagi, manusia cenderung melupakan, tapi kamu tidak akan lupa. Setiap kali melihat orang Jerman, kamu akan ingat apa yang kukatakan. Setiap melihat barang buatan Jerman, baik di televisyen atau di mana saja, kamu harus selalu ingat bahawa di sebalik pembungkusnya yang menarik ada benda yang terbuat dari tulang dan kulit dan daging orang-orang Yahudi.

Ketika keluar dari ruangan, Djerby mengatakan lagi bahawa dia berani bertaruh bahawa lelaki tua itu tidak pernah mencekik leher siapa pun seumur hidupnya, tapi aku tidak peduli. Aku sibuk dengan fikiranku sendiri, betapa beruntung keluargaku kerana punya peti sejuk buatan Israel. Kenapa harus cari masalah?

Dua minggu kemudian, ayah dan ibuku pulang dari perjalanan mereka dari luar negeri. Mereka membawa sepatu untukku. Kakakku rupa-rupanya dalam diam pernah memberitahu kepada ibuku bahawa aku ingin memiliki sepasang sepatu terbaik di dunia.

Ibuku tersenyum ketika menyerahkannya kepadaku. Dia yakin aku tidak tahu apa isinya. Tapi aku melihat logo Adidas di beg pembungkusnya. Aku mengeluarkan kotak sepatu itu dan mengucapkan terima kasih. Kotak itu berbentuk segi empat, seperti peti mati. Di dalamnya ada sepasang sepatu putih dengan tiga garis biru dan tulisan ADIDAS di sampingnya; aku tidak perlu membuka kotaknya untuk tahu bagaimana wujud sepatu itu.

“Ayuh, cuba kamu pakai,” kata ibuku sambil membuka kotaknya, “apakah ia sesuai di kakimu atau tidak.” Dia terus tersenyum. Dia sama sekali tidak tahu apa yang sedang terjadi.

“Ibu tahu, sepatu ini buatan Jerman,” kataku sambil memegang erat tangannya.

“Tentu saja, ibu tahu, sayang.” Dia tersenyum. “Adidas adalah rekaan terbaik di dunia,” katanya.

“Datuk juga dari Jerman,” kataku berusaha memberinya petunjuk.

“Datuk dari Poland.” Ibu membetulkan kata-kataku. Sejenak wajahnya kelihatan sedih, tapi kemudian kembali tersenyum. Dia memakaikan sebelah sepatu itu di kakiku dan mulai mengikat talinya. Aku diam. Aku sedar tidak ada yang mampu aku lakukan. Ibuku belum pernah ke muzium Volhynia. Tidak ada orang yang pernah mengatakan hal tersebut kepadanya. Bagi ibuku, sepatu adalah sepatu dan Jerman adalah Poland. Aku membiarkan dia memakaikan sepatu di kakiku dan tidak mengatakan apa-apa lagi. Tidak ada gunanya memberitahu dia dan membuatkannya semakin sedih.

Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi dan mengucup pipinya, lalu memberitahu aku mahu pergi main bola.

“Hati-hati ya,” teriak ayahku dari ruang tamu sambil tertawa. “Jangan menggesek-gesekkan alas sepatumu terus.”

Aku melihat sekali lagi sepatu putih yang membungkus kakiku. Aku menatapnya sambil mengingat semua hal yang lelaki tua itu ceritakan yang harus kami ingat. Aku menyentuh logo Adidas berwarna biru dan mengingat gambar datuk di kadbod.

“Adakah sepatu itu selesa di kaki kamu?” tanya ibu.

“Tentu saja ia selesa ibu,” kata kakak mewakiliku. “Itu bukan sepatu murah buatan Israel. Sepatu itu sama dengan yang dipakai Cruiff.”

Aku melangkah perlahan keluar pintu. Aku berjinjit berusaha menumpukan sesedikit mungkin berat tubuhku ke sepatu. Aku berjalan ke Taman Monyet. Di luar, anak-anak tetangga dari Borochov telah membentuk tiga pasukan.. Belanda, Argentina, dan Brazil. Kebetulan pasukan Belanda kekurangan satu pemain. Mereka setuju mengajakku bergabung, meskipun sebelumnya tidak pernah mahu menerima orang dari luar Borochov.

Pada waktu permainan baru bermula, aku terus ingat untuk tidak menendang dengan bahagian hujungnya agar tidak menyakiti datuk. Tapi setelah beberapa saat, aku lupa, sama seperti yang dikatakan oleh lelaki tua di muzium Volhynian bahawa manusia cenderung melupakan. Lebih hebat lagi, aku berhasil membuat pasukanku menang.

Tapi, ketika permainan selesai, aku ingat kembali dan melihat sepatuku. Tiba-tiba sepatu itu nampaknya kelihatan lebih bagus dan selesa di kakiku jika dibandingkan ketika masih berada di kotak.

“Hebat kan? Menghasilkan beberapa gol.” Aku berbicara kepada datuk waktu berjalan pulang ke rumah.

“Penjaga gawang itu tidak tahu pun apa yang telah terjadi.” Datuk tidak mengatakan apapun, namun dari langkah-langkahnya aku boleh cakap dia juga pasti senang.

*

(Diterjemahkan oleh M Aan Mansyur (penulis puisi Tidak Ada New York Hari Ini) dari versi bahasa Inggeris. Versi aslinya ditulis di dalam bahasa Hebrew dan dialihbahasakan oleh Marganit Weinberger-Rotman dengan judul ‘Shoes’. Cerita pendek ini ada di buku kumpulan cerita Etgar Keret, ‘The Bus Driver Who Wanted to Be God & Other Stories’. Jika anda ingin membaca versi bahasa Inggerisnya, salah satunya anda boleh baca di sini.)

Sumber : https://medium.com/@hurufkecil