32 Tahun

Hidup aku..  7 tahun ketawa. Selebihnya..32 tahun derita…
Ya..betul..aku bercakap dari hati.
32 tahun derita..hanya aku yang rasa..dan tahu. Selain ibu, ayah..tiada lagi peneman setia, di rumah kedua.

Lumrah dunia semuanya..aku sudah biasa..aku redha..
Namun, Allah bijak merancang. Tanpa aku tahu sekelumit pun rahsiaNya. Janji tetap janji.
Aku terus saja jalan. Walau aku tak pasti bila akan berakhir..
Alhamdulillah..syukur..
Jalan derita telah sampai penghujung32 tahun aku redah..ku tebas segala semak. Ku hafal setiap nama dan cerita.

Terima kasih isteri. Kau penyambung hidupku.
Sekarang aku mampu mula ketawa semula..yang aku tamatkan 32 tahun lalu. Sejak 7 tahun pertama hidupku.
In Shaa Allah..
Moga dipanjangkan usia aku bersamanya. Hidup dalam syukur.
Moga lebih dari 32 tahun.